Apabila hati kosong dan lidah tidak bertulang..


Ada sebahagian daripada kita…anda akan melihat mereka seolah-olah mempunyai 2 peribadi yang saling ‘kontra’ pada jasad tubuh yang satu..anda akan melihat “blog” juga tulisan serta kata-kata mereka penuh dengan kata-kata semangat, perjuangan, dakwah, cita-cita menegakkan Islam, tetapi sayangnya mereka bukan hidup dengan itu semua. Hati mereka tidak ‘basah’ dengan limpahan cahaya iman, gelojak dakwah dan cita-cita menegakkan agama..Apatah lagi menyumbang duit, buah fikiran, tenaga, malah perasaan untuk tegakkan agama ini…aduh..sayang sekali dengan pinjaman tuhan pada mereka..

Masakan tidak, hidup mereka masih lagi dengan ketawa sepanjang masa, novel dan komik sahaja teman karib suka dan lara, masa kosong penuh dgn jadual rancangan televisyen dan ‘movie’ serta lagu-lagu yang “mengasyikkan” sehingga kadang-kadang Al-Quran pun mungkin tidak disentuh seharian..Ya, hati mereka kosong…laungan takbir juga hanya di bibir…mata mereka sangat payah utk menitiskan air mata menyesal atas dosa yg menggunung dan diri yg hina…apatah lagi bangun qiamulail…

Yang mereka asyik fikirkan ialah diri mereka! Bagaimana ingin memenuhkan perut mereka dengan makanan terlazat, bagaimana ingin menghabiskan cuti dengan pengembaraan ke negara terhebat, bagaimana ingin kelihatan terhebat di sisi mata ‘kaum hawa’…Ya..sibuk dengan urusan diri sendiri..sedangkan umat menanti mereka ini untuk membawa sinar baru kepada umat; umat yang hampir hanyut.

Apabila otak mereka letih dengan ilmu dan pelajaran, dan hati mereka sesak dengan masalah diri yang datang tidak berhenti, bukan Al-Quran atau zikrullah yang dicari atau dituju….tapi permainan komputer dan seloka video yang didamba…

Lidah mereka juga tidak bertulang. Maki-hamun, hina, cakap belakang, mengumpat, fitnah perkara biasa hingga tidak lahir lagi kekesalan pada hati yang mula dipenuhi titik-titik hitam. “Suka hati aku la, ni kan mulut aku!” Ohhh..mereka lupa rupanya bahawa mulut, hati, anggota badan dan segala-gala yang mereka miliki adalah milikNya. Dan semua ini akan diperhitungkan di akhirat kelak.

Biarkanlah mereka dalam khayalan mimpi mereka. Jika mereka tidak berubah dan merubah diri mereka, sedangkan telah datang peringatan pada mereka sepanjang masa, amat rugi dan kelamlah masa depan mereka.



Apakah mereka ingin membiarkan hati-hati mereka itu terus-menerus diperlakukan sedemikian? Sehingga ianya menjadi keras membatu…

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk
tunduk hati mereka
mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka. Lalu, hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."

(surah Al-Hadid ayat 16)


Rebutlah setiap kesempatan untuk berubah.

Semoga hidupmu lebih bermakna..

10 opini:

nabil said...

terasa hina diri ini apabila membaca entry nih..

Nieys Manja said...

Pedasnye..

Hazim Azhar said...

entry yang bermakna.. teruskan menulis dari lubuk hati.

mohd hazwan mohd salleh: said...

bes n mnginsafkn..

inginkn perubahan..

cairo boy said...

hukhukhuk...

:'(

drhuzaifah said...

cili kat mesir dh tak berape pedas dh..

madtapah said...

nak copy (^^,)

drhuzaifah said...

to madtapah: ambik je..tkde copyright

+akufobia+ said...

hu.kalau terasa la best kan.baru rasa nak berubah.tak terasa lagi bahaya.ngee.tapi tak bagi orangorang yang memang tak buat bendabenda macam ni.ngee.semoga ada hikmahnya untuk semua yang baca.huhu.suka baca.

Mukmin Mohd Khairi said...

sungguh.. semua yang kita lafazkan.. perlukan pembuktian.. syukur kita,.. taubat kita,.. sesalan kita,.. perjuangan kita,.. pengorbanan kita.. lafaz takbir kita..
biar pembuktian itu kita rasai.. biar kita larut dalam perjuangan itu.. biar kita rasai pengorbanan itu.. kerna ITULAH jalan yg dirasai dan dilalui oleh semua lelaki yang membawa risalah..

Post a Comment