Siapa Dia ??


Cuba sebutkan 10 sahabat yang dijamin masuk syurga!” Atau kita mungkin lebih mudah menjawab pertanyaan ”Sebutkan nama finalis Akademi Fantasia 8”

Siapa nama sahabat yang diutus sebagai duta Islam pertama? Atau kita lebih mesra dengan pertanyaan ”Siapa nama vokalis kumpulan P?”

Cuba ceritakan kisah perang Khaibar! Atau kita lebih senang untuk bercerita saat ditanyakan ”Macam mana perkahwinan artis M ni, berapa kos belanja perkahwinan dia dan sebagainya"

Begitulah realiti sebahagian remaja muslim atau bahkan mungkin kita sendiri. Tidak begitu mengenal sejarah kita sendiri dan juga tokoh-tokoh Islam. Namun lebih mengenal para artis dan menjadikan mereka sebagai sanjungan daripada mengenal para Nabi, dan para sahabatnya.

Bahkan mungkin kita yang sering melaungkan ingin memperjuangkan Islam seringkali enggan untuk mengkaji sirah nabawiyah atau sirah sahabat. Padahal dengan mengkaji sirah tersebut, kita mampu mengambil sebanyak-banyaknya ibrah/pengajaran untuk dijadikan panduan dan teladan dalam kehidupan kita sehari-hari.


Bagi yang sudah memiliki cahaya mata penyeri rumah tangga, sirah itupun sangat menarik untuk diceritakan kepada anak-anak dengan bahasa yang dekat dengan mereka. Ia jauh lebih bermanfaat daripada kisah Kancil, Cinderella, Bawang Putih Bawang Merah, Mat Jenin atau Pangeran Katak semata-mata.

Alhamdulilah, sekarang sudah mulai banyak keluarga muslim yang memberi nama putra-putri mereka dengan nama para sahabat dan sohabiyah dengan harapan kelak mereka bakal menjadi seperti mereka.

Ayuh kita lihat sejauh mana pengetahuan kita tentang sirah Nabi dan sahabat-sahabatnya..lupakan sebentar proline, inguinal hernia, creatinuria, cremasteric muscle dan lain-lain...

  1. Sebutkan sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga!
  2. Siapakah sahabat yang diutus Rasulullah sebagai duta Islam pertama?
  3. Sebutkan sahabat-sahabat yang rupa parasnya dikatakan mirip Rasulullah!
  4. Sebutkan 10 orang pertama yang masuk Islam.
  5. Siapakah sahabat yang mencetuskan gagasan pembinaan parit dalam perang Khandaq.
  6. Sebutkan nama isteri-isteri Rasullah!
  7. Siapakah sahabat yang ketika berusia 13 tahun, beliau sudah ingin menyertai ayahandanya dalam Perang Badar?
  8. Siapakah sahabat sekaligus bapa saudara Rasulullah yang mendapat gelaran ”Singa Allah”?
  9. Siapakah sahabat yang termasuk dalam 10 sahabat yang dijamin masuk surga, seorang pedagang yang berjaya tetapi tidak pernah ketinggalan sedikitpun dalam berjihad dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah?
  10. Siapakah sahabat yang mendapat gelar ”Bapa si miskin” dan ”Si Burung Syurga”?
  11. Siapakah sahabat kepercayaan Rasulullah yang menyimpan rahsia-rahsia baginda?
  12. Siapakah sahabat yang keluarganya dijanjikan tempat di syurga dan siapakah nama ibunya yang menjadi syahidah pertama Islam?
  13. Siapakah sahabat sekaligus sepupu Rasulullah yang menjadi juru bicara yang handal ketika kaum muslimin hijrah ke Habsyah?
Mungkin bagi sebahagian sahabat, soalan-soalan seperti ini hanya dilihat sebelah mata (terlalu mudah), tapi sebahagian yang lain tercungap-cungap untuk menjawabnya...terpulang pada diri masing-masing. Soalan tidak seberapa ini sepatutnya menjadi 'booster' kepada kita untuk terus mendalami dan menyelami sirah kehidupan Ar-Rasul.

Moga ini saham dan bukti kita cinta pada baginda. Kita berharap dengan setulus-tulusnya agar suatu hari nanti kita dapat bertemu muka, bertentang mata dengan baginda dan baginda sendiri yang menyuapkan kita air dari telaga Al-Kauthar yang menyegarkan dan membuatkan peminumnya tidak pernah haus lagi. Amin ya rabbal a'lamin.

2 opini:

.:sin_bad:. said...

JAWAPAN : (sangat sedikit yg dpt jwb, yg lain sumer cari kat google)

1) Abu Bakar Ashshidiq ra,
Umar bin Khatab ra,
Ustman bin Affan ra,
Ali bin Abi Thalib ra,
Thalhah bin Abdullah ra,
Zubair bin Awaam ra,
Saad bin Waqas,
Said bin Zaid,
Abdurrahman bin Auf,
Abu Ubaidah bin Jarrah

2) Mush'ab bin Umair

3) Ja'far bin Abi Thalib

4) Siti Khadijah
Ali bin Abi Thalib
Abu Bakar
Zaid bin Haritsah
Ummu Aiman
Utsman bin Affan
Zubair bin Awwam
Abdurrahman bin Auf
Sa'ad bin Abi Waqqas
Thalhah bin Ubaidillah

5) Salman Al Farisi

6) Khadijah binti Khuwailid RA
Saudah binti Zam’ah RA
Aisyah binti Abu Bakar RA
Hafsoh binti Umar bin Al-Khattab RA
Zainab binti Khuzaimah RA,
Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah RA
Zainab binti Jahsyi bin Royab RA
Juwairiyah binti Al-Harits RA
Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan RA
Shofiyyah binti Huyay bin Akhtob RA
Maimunah binti Al- Harits RA

7) Abdullah Ibnu Umar

8) Hamzah bin Abdul Muthalib

9) Abdul Rahman bin 'Auf

10) Ja'far bin Abi Thalib

11) Huzaifah Al Yamani

12) Keluarga Yassir; Ammar, Yassir, dan Sumayyah

13) Tsabit bin Qeis

Mukmin Mohd Khairi said...

syukran ya akhi,, skema jawapan

Post a Comment